Friday, February 8, 2013

Ubat Traditional Tomoi

Salam...

Dalam pertempuran dalam Tomoi akan mengakibatkan sakit atau bengkak di sendi - sendi seperti lutut siku dan juga bahagian anggota badan yang lain. Pada zaman dahulu di kampung - kampung jarang menggunakan minyak kuda atau minyak panas yang biasa di gunakan pada ahli tomoi sekarang.Jadi salah satu ikhtiar mereka untuk mengurangkan bengkak dalam jangka masa yang pendek, mereka gunakan ramuan traditional iaitu bahan-bahannya ialah 


1. Daun kesum - Seikat




2. Samsu Putih atau boleh juga digunakan alchohol yang lain. - 5 sudu



3.  Ragi (Untuk buat Tapai) 1/2 dari tablet


4. Daun pucuk pisang - muat untuk balutan




CARA - CARA MEMBUATNYA

1. KISAR SEIKAT DAUN BERSAMA BATANGNYA SEKALI DENGAN RAGI SEHINGGA HALUS. 

2. MASUKAN SAMSU 5 SUDU DAN TAMBAH AIR JIKA PERLU, JANGAN TERLALU BANYAK SUPAYA IA MENJADI PES DAN TIDAK CAIR.

3. TEMPELKAN ADUNAN TADI PADA TEMPAT BENGKAK DAN SAKIT.

4. BALUT MENGGUNAKAN DAUN PISANG DAN IKAT DENGAN TALI KAIN SUPAYA IA TIDAK TERTANGGAL.

AMALKAN SEBELUM TIDUR.

NOTA : AMALAN INI MEMPUNYAI ARAK, PASTIKAN CUCI BERSIH SEBELUM MEMBUAT IBADAH. JANGAN SAMPAI TERKENA PADA PAKAIAN DAN TEMPAT IBADAH..


No comments:

Post a Comment