Kontinjen Malaysia akan diketuai oleh Juara Muaythai Kebangsaan yang
juga Kapten pasukan negara Muhammad Ali Yaakob. Atlit negara akan mula
berlatih di Majlis Sukan Negara mulai pertengahan Februari 2013.
Penyenaraian
muaythai dalam Sukan SEA kali ini telah dibuat dalam mesyuarat
Persekutuan Sukan SEA kali ke-2 yang telah diadakan pada 29 Januari 2013
bertempat di Nay Pyi Taw, Myanmar.
33 sukan yang telah
diluluskan adalah seperti berikut: Akuatik (Menyelam, Renang, Polo Air
Lelaki), Olahraga, Memanah, Badminton, Bola Keranjang, Billiard &
Snooker, Tinju, Kayak (Kanu), Berbasikal (tiada acara trek), Equestrian,
Bola Sepak termasuk Futsal, Golf,hoki, Judo, Karate, Mendayung,
Pelayaran, sepak takraw termasuk Chinelone Tradional, Menembak,
Pingpong, Taekwondo, Bola Tampar (Indoor), Angkat berat, Gusti, Wushu,
Bina Badan, Catur, KEMPO, Muaythai, Pencak Silat, Petanque, Perlumbaan
Bot Tradisional,Vovinam
Ayuh pasukan Malaysia Muaythai Tigers kita buktikan kemampuan kita.
SUMBER :
http://www.muaythaimalaysia.org