Sunday, March 31, 2013

Muaythai dalam Senarai Sukan SEA ke-27 [2013]




Kontinjen Malaysia akan diketuai oleh Juara Muaythai Kebangsaan yang juga Kapten pasukan negara Muhammad Ali Yaakob. Atlit negara akan mula berlatih di Majlis Sukan Negara mulai pertengahan Februari 2013.

Penyenaraian muaythai dalam Sukan SEA kali ini telah dibuat dalam mesyuarat Persekutuan Sukan SEA kali ke-2 yang telah diadakan pada 29 Januari 2013 bertempat di Nay Pyi Taw, Myanmar.

33 sukan yang telah diluluskan adalah seperti berikut: Akuatik (Menyelam, Renang, Polo Air Lelaki), Olahraga, Memanah, Badminton, Bola Keranjang, Billiard & Snooker, Tinju, Kayak (Kanu), Berbasikal (tiada acara trek), Equestrian, Bola Sepak termasuk Futsal, Golf,hoki, Judo, Karate, Mendayung, Pelayaran, sepak takraw termasuk Chinelone Tradional, Menembak, Pingpong, Taekwondo, Bola Tampar (Indoor), Angkat berat, Gusti, Wushu, Bina Badan, Catur, KEMPO, Muaythai, Pencak Silat, Petanque, Perlumbaan Bot Tradisional,Vovinam

Ayuh pasukan Malaysia Muaythai Tigers kita buktikan kemampuan kita.

SUMBER : http://www.muaythaimalaysia.org

No comments:

Post a Comment